Hello ! Hello ! Hello !
Oi ! ko tak reti-reti nak bercakap ke ha? Dahlah telefon orang malam-malam buta pulak tu…
Sape ni? Bebelku tak henti-henti… sape pulak call aku malam-malam buta ni? Jangan-jangan ? ?
Haaaa…… terus aku matikan telefon…
Engkau duduk disitu,
Diam tersipu malu,
Mahu mendekati aku…
Aku mulai resah..
Hatiku jadi kebah..
Melihat dirimu aku rebah…
Berlari-lari aku keruang tamu untuk menjawab telefon, dengan tangan baru je lepas membasuh pinggan kat dapur tadi…
Hello ! Assalamualaikum… ujarku…
-Senyap-
Aku tengok skrin telefonku, private number sape pulak ni? Hadoyai… ramainya fan aku…
Hello, encik/cik/tuan/puan/ or whatever else, kalau dah telefon tu silalah bercakap ye, jangan menyusahkan orang tau tak, kalau anda rasa terlebih rajin baiklah anda beribadat daripada menelefon saya… okey bai ! ujarku panjang lebar.. kedengaran gelak tawa dari hujung sana sebelum aku matikan handphone…
Up 2 u lah, lain kali jangan harap aku akan bersopan lagi…
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Jie ! Jie ! Jie !
Apa? Tanyaku, seraya berpusing menghadapnya.
Aku panggil kau dah seratus lapan puluh darjah tau tak, asal kau tak jawab ha? Tak kan marah aku lagi kot, sorilah tadi aku bukannya sengaja… kau pun tahukan aku macam mana… sorry lah Jie~~ ujar Amna..
Aku tak kesah pun, aku faham kau tu memang mulut macam tu… balasku sebijik.
Kuang asam gelugoq punya mak cik, aku tengah sedih ni sempat lagi kau peril aku ye.. balas Amna.
Beb ! jom pi mamam~ ajakku..
Jom, tapi ko lanje aku boleh tak? Aku tertinggal duit dalam loker la… hehehehe, ujar Amna..
Ei, minah ni, aci tak kalau aku seligi… “Okeylah… jom~”
……………………………………………………………………………………………………….
Selesai membayar aku dengan Amna angkat kaki, pulang keasrama..
Jie, semalam kan aku dengar cam handphone kau berbunyi je, dahlah pepagi buta pulak tu, dalam pukul 3 pagi camtu… siapa? Ada masalah ke? Tanya Amna memecah kesunyian perjalanan pulang…
Entahlah, hantu sesat mana pulak yang telefon aku, dahlah aku mengantuk gila, sempat lagi main-main aci taknak cakap masa call aku semalam… hampeh je aku cepat-cepat sedar semalam… menyusahkan orang je.. terangku panjang lebar.
Lelaki ke perempuan? Tanya Amna
Entahlah, tak sempat nak Tanya.. lagipun bukannya penting pun… dahlah, tukar topic… ujarku
Kau tahu tak esok ada opening untuk kelab Lion, kau datang ek, teman aku…
Malas la.. bosan betul aku kalau ramai orang…
Ada anak jutawan Malaysia datang, buat perasmian apa entah… orang cakap dia tu hensem, pastu bakal memegang jawatan daddy dia pulak tu.. tapi satu je perangai dia yang buat aku tak suka… player nombor satu kat Malaysia.. kau sebut je Rayyan Danial Ariel Datuk Damien Arfaan, nickname dia, Rayd..
Ooo… balasku..
Datang sekali dengan aku ek~ bling-bling
Tengok keadaan dulu, lagipun aku takde baju nak pakai, kalau jeans dengan t-shirt bolehkan?
Ha? Kau nak jadi tumpuan ke? Nanti aku bagi pinjam aku punya dress muslimah.. kau kena cantik-cantik je malam tu, lagipun kita pergi hotel 7 bintang malam tu, makan free woo… bila lagi nak makan free… hehehe…
Okey, baiklah… jawabku….
………………………………………………………………………………………………………..
Kau pilih nak yang mana… ujar Amna..
Aku lihat rekaan dress Amna sampai ternganga, fuhh! Gila cantik, tapi satu je yang tak bling-bling, baik aku pilih yang ni je,..
Aku mengambil dress labuh warna hitam dari tangan Amna… aku pilih yang ni…
Kau pakai siap-siap pasni aku datang nak touch-up sikit muka kau, bagi comel sikit.. hehehe
Okey… balasku lagi.
No comments:
Post a Comment